Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka
pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di
sisi Allah.
Sunday, August 16, 2009
Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi
Tuesday, August 11, 2009
Wednesday, August 05, 2009
nisfu syaaban.....
berkenaan bulan syaaban
SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat. Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.
Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.
Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.
Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.
Jika kita lihat di Malaysia ramai orang-orang Melayu kita berebut-rebut memenuhi masjid dan surau semata-mata untuk merebut fadhilat malam Nisfu Syaaban. Sememangnya terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Tetapi kebanyakan daripada hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi S.A.W.
Sedangkan dalam masa yang sama berapa kerat sangatkah yang berebut-rebut untuk mencari malam Lailatul Qadr. Sedangkan dalil berkenaan kelebihan malam Lailatul Qadr sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan juga disebut di dalam hadis-hadis yang soheh.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).
Bacaan Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban
Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti :
* Pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
* Pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
* Pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.
Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara.
Saya perhatikan ada disesetengah tempat pada malam Lailatul Qadr, mereka membaca Surah Yasin dengan begitu pantas sehingga mengabaikan hukum-hukum tajwid. Ini berlaku semata-mata ingin mengejar bilangan 3 kali bacaan. Sebetulnya kita perlu membaca al-Quraan dengan cara yang betul dan bertepatan dengan bacaan sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah Taala. Jadi manakah pilihan terbaik; membaca Yasin 1 kali dengan bertajwid, ataupun membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan mengabaikan tajwid?
Allah Taala berfirman di dalam Al-Quraan :
“Dan bacalah Al-Quran dengan penuh tartil (bertajwid)”. (QS 73 : 4)
Manakala hukum mempelajari ilmu tajwid adalah Fardhu Kifayah dimana jika ianya dipelajari oleh seorang maka semua tidak berdosa. Hukum membaca al-Quraan dengan bertajwid pula adalah Fardhu ‘Ain ke atas semua orang islam.
Doa antara bacaan Yasin malam Nisfu Syaabaan
Sepertimana yang biasa diamalkan oleh penduduk tempatan:
* Doa pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
* Doa pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
* Doa pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.
Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah S.W.T pada malam Nisfu Syaaban untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tidak hanya tertakluk pada tiga doa di atas sahaja. Apa-apa sahaja doa untuk kebaikan sepertimana firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:
Firman Allah di dalam al-Quran:
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Surah al-Mu’min, 40: 60)
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186)
Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
P/S: Artikel ini saya terima daripada email sahabat yang saya rasa ‘worthy’ untuk disebarkan buat semua.
Friday, July 17, 2009
Bismillah-hirrahma-nirrahim
lebel bismillahirahmannirrahim
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ......senang jak nyebutnya tapi kadangkala jadi susah menar bagi sebahagian urang nak ngamalnya dalam apa2 pebuatan seharian..mun di trenslet dalam bahasa melayunya bereti....'Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang'. Dalam hadis Rasullullah ada madah:
Barang sapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelom tidur maka:
1. kita akan dihindari dari mati dalam keadaan tekejut/mendadak.
2. kita akan dihindari dari mati/bahaya tenggelam.
3. kita akan dihindari dan dilindungi dari bahya kebakaran.
4. kita akan dihindari dan dilindungi dari bahya rompakan..
Alkisah ada sorang isteri yang slalu maca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
tiap kali melakukan sesuatu keja, contohnya dalam mukak ato nutup dan ngunci pintu/lemari,naruh dan ngambik barang/apa2 jak benda, mukak dan makay pakaian, masok dan kluar rumah,nait dan turun dari kenderaan dll. Pokoknya nang slalu nya maca
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada tiap kali nak melakukan apa2 jak aktiviti.
Sampeylah kebiasaannya tok nyebabkan silakinya rasa sik cayak lalu ahernya telintas di pikirannya nak nguji isterinya tek...satu masa si laki tek meriklah seketol emas pada isterinya lalu madah: "Wahai isteriku, tok aku amanahkan emas padamu. Simpanlah bait-bait."
Lalu si isteri tek pun nerimaknya sambil ngucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan mukak lemari dengan ngucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM, menaruh emas tek dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM juak lalu nutup serta ngunci lemari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM agik.
Selang beberapa ari lepas ya, kebetulan si isteri sik ada di rumah,silaki tok pun ngambik emas tadik dari dalam lemari lalu dibuangnya ke laut.Lepas ya nya pun balit lah ke rumah dan bila isterinya pulang nya pun nyuruh isterinya ngambikkan emas yang diamanahkan nya beberapa ari sebelum tok.
Lalu si isteri pun masok ke dalam bilit dan dengan ngucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM nya pun mukak pintu lemari tempat nyimpan emas tersebut. Lalu diambiknya emas yang kebetolan masih dalam keadaan basah (air laut)lalu nyerahkannya pada lakinya tek.
Nangar jaknya emas ya tek basah si isteri pun jadi bingong lalu nanyak pada lakinya, tiba-tiba si suami pun besujud dan beristighfar lalu nyeritakan kejadian yang sebenarnya bahwa nya yang telah muang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan si isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari ayat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.
Dari cerita di atas dapat kita diat kesaktian dari kebesaran kalimat
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari ya juak masih banyak lagi manfaatnya yang lain, seperti kita suma digalakkan untuk maca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM waktu kita nak ngambik ato ngantong pakaian di tempat pakaian, bait ya pakaian baru atopun yang udah kita pakey. Tujuan macanya adalah supaya pakaian tersebut sik digunakan oleh makhluk lain (golgn. Jin), tok dapat kita nangar bila jak kita makey pakaian tek kadang terasa gatal dan sik nyaman dipakey.. Nang besa lah kita padah tok disebabkan pengaruh lembab atopun sebagainya tapi pada hakikatnya pakaian ya tek udah dipakey oleh makhluk lain dengan cara cdaknya pun.
Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM juak adalah bagus dibaca (sama dengan doa yg lainnya juak) masa nak melakukan hubungan fizikal dengan pasangan masing2, sebab mun sik dibaca tanpa disedari, pasangan ya sebenarnya melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin tok sik masuk akal pikir kitak, tapi tok nang ada kebenarannya. Oleh kerana ya kepada suma ompuan dan onglaki mulailah membesakan diri untuk membaca dan mengamalkannya.
Yalah sikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, mudah-mudahan selepas maca info gitok kita suma dapat membesakan diri supaya selalu mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan apa-apa juak aktiviti kita sehari-hari.
Amin....jumpa lagik di Info yang lain.
Makaseh..
Thursday, July 16, 2009
julai datang agik...
Salam oi..dik-kakak suma...pakabar kitak tek !!....sihat ???..Alhamdulillah..
rasanya dah lamak juak sik ngerepak kat ctok...maklomlah lamak ya tek pc kat umah mek rusak..jadi jarang lah nak antar post baru, maklom makey laptop anak siklah dapat nak slalu. Jadi kedong kinek tok udah ada laptop kedirik (hadiah besday dari laki mek) dapat juak nyambong sesi ngerepak lagik. Alhamdulillah lah..mudahan juak dapat manyak idea kay ngerepak ngan kitak urang suma.
Nyebut pasal bulan Julai tok sebenarnya ada 2 igek peristiwa penting dalam idup kamek tok..pertamanya tareh 11 julai, ari besday oi...udah betambah umo dah kinek tok..syukur pada Allah juaklah sebab masih manjang umo kmk tok. Mudah-mudahan panjang umo dan juak penoh berkat lam idup sehari-ari, Amin.. bila dah nyampey ke angka 45 ya tang maseh asa mudak jak gik...nang sepatutnya kita xbole nak nua kan dirik, biar umo tua tapi ati jak asa muda, tapi bukannya perangey macam urg mudak. Dalam umo gitok, sik terasa anak2 suma dah besar..nak bongsu skali udah pom 5 taun tok, menantu dah nak masok 3 urang, cucuk pun ada 3 juak...dah jadi ninek masa umo 40 taun, yalah kata urang tua mun nak beranak, beranak jak manyak2 dolok kedong umo gik mudak, pas ya baruk berenti. Gia lah kamek koh.. dapat anak petama ya kamek umo 20 taun, sampey beranak nak nomor limak ya umo kamek baruk 28 taun, pas ya terus berenti..mun sik op-kah sampey ke aritok kali melobor juak anak..maklom subor gilak..hehe..udah kinek tok relax dah..molah ibadat jak gik koh.
Dalam bulan tok juak pada 14 julai besday laki mek koh, nang bes sama besday dalam bulan julai tok..diperati sikap dan perangey nang ngam lah. bak kata urangtua nang jodohlah..abang mek ya (kamek nungahnya "Abang" kadang2 "sayang". boh ta' jelez)..nang jenis urang yang sik banyak mulut tapi bait atikoh. Alhamdulillah dapat jodoh onglaki macam tok, sapa2 jadi anaknya pun rasa betuah juak sbb dapat bapak yang penyayang. Lamak idup besama, lom penah kmk diatnya nganok bait ngubit ato maluk anaknya,walopun gia nya tetap amik berat hal anak. Lebih gik kinek tok sayangnya ngan cucuk melebihi sayang ngan anak..arum bulaknya apa jak dipintak suma nak diturut...
Nang gia kah sikap uranglaki kah owh, bila dah jadi atok nang sayang gilak ngan cucuk..bebeda ngan kita ompuan..mun dah becucuk ya asa macam besa jak, minak makin angol bila nemiak berolah. Mungkin juak udah kepak kali mera anak2 dikpun dari dolok, bab yalah kitak urang yang beranak kecik kinek tok jangan lah nyusah mak2 kitak mera anak2 kitak ya..nang kepak bah cdaknya..nang menar mun mak kita pun yang mera anak kitak ya lebih selamat, tapi paham2 juak lah, mun dapat dalam zaman moden gtok, biarlah anak2 yang udah 3 ke 4 taun ke atas antar jak ke taski atau mana2 pusat jagaan nemiak, kat sia nemiak lebih banyak belaja drp dok kat umah bemain ajak..maklom urgtua ney tauk nak ngajar pa2. Sebenarnya perasaan tok cuma ompuan yang udah becucuk jak paham giney asa nya bila disuroh nginang nemiak kecik agik..mun sik cayak, tunggu jak giliran kitak urang kelak bila dah ada cucuk, baruk kitak paham kali kelelahan sorang ninek...
Melelat indah jak ngerepak hal cucuk, padahal tek ngelakar pasal bulan besday. sikpalah..nyelepat juak bah ckit..mun sik gia bukan ngerepak namanya.Ok lah..dah panjang juak ngerepak kmk tek..nak op-lok..isok-isok gik kamek nyambong ngerepak agik...encarik bahan dolok...sampey jumpa agik..Assalamualaikom....
Saturday, June 06, 2009
bila bini 'ngerepak' laki....
Hukum Isteri Meleteri Suami
"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.
Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.
Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.
Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.
Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."
MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.
Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.
Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesay! angan Nabi Muhammad s. a. w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi i! steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."
** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.
'...... Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.....'
'Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.'
'Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta '
'Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali'
'manakala ! isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.'
'Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.'
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOCIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan karena berfikir bahawa SUAMI misti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
Dengan berbuat begitu, ISTERI berkenaan mengabaikan SUAMI yang berfungsi sebagai PEMEGANG AMANAH(nikah-isteri) yang disandang sejak AQAD-NIKAH yang telah diijab WALI-NIKAH(Atok, Bapak dsb)
'Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.'
Saya fikir TABIAT-ISTERI suka meleteri suami mistilah dihentikan demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.
Tuesday, June 02, 2009
kaji peribadi melalui tarikh lahir anda...
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Saturday, May 09, 2009
hikmah 'Ayat seribu Dinar'
وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا
Maksudnya:
"..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 65:2-3)
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
-Apa yang dapat disampaikan,hendaklah kita amal dalam kehidupan kita sehari harian,walaupun dalam susah dan senang,miskin dan kaya,sihat atau sakit, dan dalam apa jua keadaan.
-InsyaAllah, berkat amalan ini, Allah akan pilih yang terbaik untuk setiap hambaNya...
Amin.... Baca Selanjutnya »»
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA MENJAMIN KEBERKATAN HIDUP
dipetik dari bacaan khutbah jumaat:.....
Sidang Jumaat yang dihormati,
Penderhakaan kepada ibu bapa adalah sebahagian gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat. Terdapat masyarakat Islam yang menganggap memelihara dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting. Fenomena ini berlaku kerana masyarakat beranggapan menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih penting daripada mengambil berat ke atas ibu bapa. Paling malang lagi terdapat anak-anak yang menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua dengan alasan sibuk bekerja ataupun sukar mencari penjaga. Ini adalah berita buruk dan amat menyedihkan ibu bapa.
Lebih menyedihkan terdapat ibu bapa yang telah ditempatkan di rumah kebajikan ini merayu kepada anak-anak supaya mengambil mereka kembali untuk tinggal bersama tetapi tidak diendahkan. Selain itu terdapat juga anak-anak lebih memuliakan dan menghormati kawan-kawan dan sahabat handai berbanding dengan layanan kepada ibu bapa mereka.
Mimbar Jumaat pada hari ini menyeru umat Islam jangan mencontohi kisah layanan buruk ‘Alqamah terhadap ibunya yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dalam kisah ini , ‘Alqamah telah ditimpa sakit yang amat teruk dan tidak dapat mengucap ketika hampir saat kematiannya walaupun sahabat-sahabat Rasulullah SAW telah mengajarnya berkali-kali sehinggakan Rasulullah terpaksa memanggil ibu ‘Alqamah untuk bertanyakan apa hal sebenarnya yang berlaku.
Ibu ‘Alqamah telah menerangkan kepada Rasulullah SAW bahwa dia marah kepada anaknya kerana anaknya lebih mengutamakan isteri lebih daripada ibunya sendiri. Lihatlah sidang jamaah sekalian, walaupun ‘Alqamah adalah seorang yang sangat taat dan kuat ibadatnya kepada Allah SWT, rajin bersolat, berpuasa dan bersedekah tetapi disebabkan kemarahan ibunya Allah SWT telah menutup lidahnya untuk mengucapkan kalimah syahadah.
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya :" Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras."
Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam surah Lukman ayat 14:
Maksudnya : " Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu ".
Hakikatnya tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting sesudah menunaikan hak Allah SWT dan hak Rasul-Nya. Lantaran itu, hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala kebajikan dan kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri.
Sidang Jumaat yang dikasihani,
Sesungguhnya tanggungjawab anak-anak terhadap kedua orang tua bukanlah hanya dilakukan semasa hayat mereka masih ada sahaja tetapi berterusan walaupun mereka telah meninggal dunia. Anak-anak masih boleh menyumbangkan bakti mereka dengan pelbagai amalan seperti memperbanyakkan istighfar dan berdoa untuk mereka, bersedekah, membayar segala hutang piutang serta melaksanakan semua wasiat yang mereka tinggalkan selagi wasiat tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak. Selain itu menghubungkan silaturahim dengan teman-teman dan kaum kerabat serta orang-orang kesayangan ibu bapa juga merupakan salah satu cara berbakti yang boleh kita lakukan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mimbar hari ini sekali lagi menyeru supaya kita beristiqamah dalam berbuat ihsan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menikmati kualiti hidup yang sempurna di dunia ini. Jika kita gagal berbuat demikian, maka di kemudian hari kita akan menerima nasib yang sama. Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : " Berbaktilah kepada orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatan isteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka . "
Fahamilah hakikat bahawa setiap kita adalah anak dan setiap kita juga akan menjadi ibu dan ayah. Oleh itu berlaku ihsanlah kepada ibu bapa agar setiap anak yang akan menjadi ibu dan bapa, akan dikasihani dan disayangi oleh anak-anak pula. Mimbar yang mulia ini bimbang jika ibu bapa kita hidup dalam keadaan terbiar, maka kemungkinan besar anak-anak yang akan menjadi ibu dan bapa juga akan turut terbiar dan tidak dipedulikan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 7 :
Maksudnya : " Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga ".
Sunday, April 26, 2009
tok bukan bebulak....
lebel Forex, forex trader, Jutawan, MLM, skim cepat kaya, support system, websiterami-rami kita jadi jutawan di Malaysia...
Kat debah tok kita dapat nemu website yang bole nulong nyampey impian kitak, mun lah kitak menar-menar ingin nak jadi jutawan kat internet macam orang lain..Sikda yang mustahil mun kita menar-menar maok ngubah kewangan idup kitak. Tok bukan MLM yang slalu kitak urang nengar....dan bukan juak skim cepat kaya yang slalu nipu duit urg lain... tapi tok adalah sigek 'cara' yang nak nulong kitak jadi salah sorang yang akan jadi kaya. Sik pun kita jadi jutawan segera, asal kewangan dalam idup kitak sik jadi masalah besar. Sekurang-kurangnya kitak bole idup dengan ati senang tanpa riso pasal duit belanja. Bila kitak pegi ke website tok, banyak yang kitak diat dan blajar apa caranya nak jadi JUTAWAN.
Dengan sikit yuran yang menar2 murah mun dibandin dengan sidak trader lain yg nge-charge studentnya, tok adalah lebih bebaloy...Mun kitak attend kusus atao seminar yang penah dipolah cdak lain nang rega cdaknya sampey beribu ringgit. Tapi jangan lupak, bayaran yang banyak ya betol cuma sari jaknya ngajar.Pas ya kitak ditandah jalan kedirik. Mun dibandin dengan trader tok, nang puas ati kitak nak belajar giney nak jadi sorang JUTAWAN melalui bimbingan klas FOREX...klas dipolahkan selamak 3 bulan beturut-turut, dan 'support system' gik diberik sampey kitak menar2 arif dalam bidang Forex tok.
nak kawen ke....???..TAPI.....
Tuesday, April 21, 2009
antara AKU & DIA........
antara kebenaran atau kebetulan...
Aku...
Tarikh Lahir pada 11 haribulan
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
Dia...
Tarikh Lahir pada 14 haribulan
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
Aku..
Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 1 Rabiul Awwal 1384 Hijrah iaitu jatuh pada hari Sabtu.
Maksud : Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
Sifat : Mempunyai perwatakan yang baik. Mungkin anda akan mendapat pangkat yang besar, menjadi orang yang berpengaruh atau kaya tanpa diduga, Insya'Allah. Dalam pekerjaan ramai yang menyukai anda. Walau bagaimanapun, sifat negatif yang ada pada anda termasuklah kurang sabar, keras hati dan mudah marah.
Dia...
Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 19 Muharram 1380 Hijrah iaitu jatuh pada hari Khamis.
Maksud : Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
Sifat : Seseorang itu bersifat pendiam dan memiliki pemikiran yang sihat. Mungkin akan menjadi tidak sihat sekiranya anda tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi seorang yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada pada anda. Di samping itu anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaaan yang selamat.
Aku...
Your Chinese zodiac is 5, year of Dragon and you are born on Saturday.
Personality : People born in the Year of the Dragon are healthy, energetic, excitable, short-tempered, and stubborn. They are also honest, sensitive, brave, and they inspire confidence and trust. Dragon people are the most eccentric of any in the eastern zodiac. They neither borrow money nor make flowery speeches, but they tend to be soft-hearted which sometimes gives others an advantage over them. They are compatible with Rats, Snakes, Monkeys, and Roosters.
Dia..
Your Chinese zodiac is 1, year of Rat and you are born on Thursday.
Personality : People born under the sign of Rat are noted for their charm and attraction for the opposite sex. They are hardworking and consequently often financially wealthy. And are likely to be perfectionists. Rat people are easily angered and love to gossip. Their ambitions are big, and they are usually very successful. The Mouse is very social and has many friends who he supports in generous ways. The family is important; a Mouse is loyal to his family and will fight for it if needed.They are most compatible with people born in the years of the Dragon, Monkey, and Ox.
dan Kami.....
(Adakah anda pasangan yang ideal?= Tahniah..Anda adalah pasangan yang ideal!!!!!!!!!!!)
Personaliti anda : Amat suka didampingi pasangan.
Sukar dimengerti oleh pasangan.
Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
Amat menghargai kesetiaan pasangan.
Mengambil berat dan mengasihi pasangan.
Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
Suka merajuk dan dipujuk.
Setia terhadap pasangan.
Suka mendengar dan tidak suka membantah.
Cemburu terhadap pasangan.
Suka menilai dan menjaga perhubungan.
Saturday, April 18, 2009
sekadar pakey ngingat...
Barangsapa suka dudok dengan lapan jenis macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:
1. Barangsapa suka dudok dengan orang kaya, akan ditambah Allah kecintaannya pada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsapa suka dudok dengan orang miskin, akan dijadikan Allah baginya kesukaan besyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsapa suka dudok dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsapa suka dudok dengan perempuan yang bukan muhrim, akan ditambah Allah bodohnya dan napsu syahwatnya
5. Barangsapa suka dudok besama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bemain-main dan beguro.
6. Barangsapa suka dudok dengan orang fasiq, akan betambahlah beraninya molah dosa dan menundak kan taubat.
7. Barangsapa suka dudok dengan orang-orang soleh, akan betambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsapa suka dudok dengan para ulama' maka betambahlah ilmunya dan waraknya
Tuesday, April 07, 2009
pakey renungan besama:
Janganlah kita nggantikan pekataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atao apa juak sekalipun dalam tulisan. Mun pekataan Assalamualaikum ya panjang gilak, cukuplah kita ganti dengan perkataan "Salam" sama makna dengan Assalamu'alaikum.
Besama lah kita padah ngan kawan2 yang slalu makey shortform A'kum dalam sms ataopun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Tok singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan "A'kum"
Jadi start ari tok mun ada urang antar shortform "A'kum", kita pesankannya nguna "Salam" kerana salam adalah dari perkataan Assalamu'alaikum.
Mudahan dapat manfaatnya.
***NOTA:
Orang-orang Yahudi ngucapkan "Shalom" (yang bermaksud 'Selamat Sejahtera') bila berhubung sesama cdaknya. Perkataan tok adalah hampir serupa dengan "Salam" yang kita pakey. Cdaknya pun ngunakan perkataan "Amen" dalam doa, macam kita juak nggunakan "Amin". Tok sik bermakna kita niru cdaknya, tapi perkataan-perkataan ya pada asalnya nang diajarkan oleh Nabi Musa AS kepada Bani Israel. Kita juak mintak kerjasama pengguna-pengguna blog supaya sik nggunakan perkataan "A'kum" atau "Akum" atau "Samekom" atau "Semekom" di sitok kerana semua ya adalah perkataan sia-sia. Gunakanlah perkataan "Salam" atau lebih lengkap lagi "Assalamu'alaikum"
Bila nak pelok... yang aku suka pelok..
Untuk renungan seketika...
Sesungguhnya aku lahir dari rahim emak
Dari kecik sampey besar...yang mera aku adalah emak
Bila aus, yang nyusukan aku.. emak
Bila lapar, yang nyuapkan aku..emak
Bila kesorangan, yang slalu di sampingku.. emak
Emak madah, pekataan petama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tido, aku cari.. emak
Bila nangis, orang petama yang datang ..emak
Bila nak bemanja.. aku dekati emak
Bila nak begesel... aku dudok sebelah emak
Bila sedih, yang ngibor ati ku hanya emak
Bila gaok, yang nganok aku ...emak
Bila merajuk... yang mujukku cuma..emak
Bila molah kesalahan... yang dolok negor aku..emak
Bila takut... yang nenangkan aku .. emak
Bila nak pelok... yang aku suka pelok..emak
Aku slalu teringatkan ..emak
Bila sedih, aku musti talipon... emak
Bila seronok... urang petama aku nak padah...emak
Bila tensen.. aku suka luah pada ..emak
Bila takut, aku selalu panggil.. "emaaaaaaakkk..!!! "
Bila sakit, urang yang paling bingong adalah ..emak
Bila nak exam, urang yang paling gago...emak
Bila merajuk, yang datang pujok aku juak.. emak
Bila buat hal, yang nganok aku dolok..emak
Bila ada masalah, yang paling riso.. emak
Yang masih pelok dan cium aku sampey ke ari tok....emak
Yang slalu masak makanan kesukaan aku...emak
Yang slalu nyimpan dan ngemaskan barang-barang aku... emak
Yang slalu ngerepak kat aku.. emak
Yang slalu muji aku.. emak
Yang slalu nasihat aku..emak
Bila nak nikah..
Urang petama aku padah dan tanyak...emak
Bila aku dah ada pasangan idup
Mun nak seronok... aku carik pasanganku
Tapi bila sedih... aku cari emak
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Tapi bila gagal... aku ceritakan pada emak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Tapi bila beduka, aku peluk erat emakku
Bila nak melancong.. aku bawa pasanganku
Tapi bila sibok... aku antar anak ke rumah emak
Bila nyambut ulangtaun.. Aku hadiah bunga pada pasanganku
Tapi bila nyambut ari ibu...aku cuma dapat ucapkan 'Selamat Hari Ibu'
Slalu ..... aku ingat pasanganku
Slalu...... emak ingat kat aku
Bila-bila.....aku akan talipon pasanganku
Entah bila.....aku nak talipon emak ku
Slalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emakku..!!!!!
Renungkan:
"mun ko udah habis belajar dan bekeja...boleh sik kau kirim duit untuk emak? Emak bukan nak banyak... lima puloh ringgit sebulan pun cukuplah".....Bederay aik mata aku ngenang pemintaan emak. Mun kinek tok mak maok lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi emak udah sekda. Aku sik bekesempatan lagik.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun sik sempat aku kirimkan!
Hanya yang mampu cuma ku sedekahkan Al-Fatihah, Al-Fatihah, dan Al-Fatihah...!!!
Maok kah kitak jadi macam ya..bila emak masih ada, sik sanggup nak bekongsi kesenangan dengannya, sak jak kita bahagia dengan anak bini/laki kita dengan kemewahan yang ada kinek tok...bila emak dah sekda agik di dunia baruk kitak nyesal...amiklah kesempatan tok sementara urangtua kita masih ada depan kita....bahagiakan cdaknya, bekongsilah kesenangan yang ada..kehadiran kita depan mata cdaknya pun udah cukup menyenangkan ati dan perasaan cdaknya...sayangi dan doakan kebahagian cdaknya seperti juak cdaknya sayang dan slalu bedoa untuk kita masa kita masih kecik dolok....
10 pesanan Imam Syafie.....
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.
8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Thursday, April 02, 2009
surat dari teman....
lebel filipino, malaysiaTok surat yang di'forward' oleh kawan kmk yang diterimak nya dari sahabat di tanah Arab..isik critanya nang bagus kay dengar kita suma..selain kay pengajaran dan pengetahuan tentang pengalaman orang..dapat kay panduan sapa2 jak rakyat Malaysia yang ingin atao sedang carik rejeki di negeri urang..peribahasa "HUJAN EMAS NEGERI ORANG, HUJAN BATU NEGERI SENDIRI, LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI'...nang tepat, walopun giney2 kat tanahair kita pun juak yang nyaman kay idup.
".......Dah jadi macam Bangla kat Malaysia! So sesiapa yang nak keje kat negeri orang, pikir lah 100x dulu. Money is not the main issue, tapi kena dengan Pak Arab kat sini pening kepala. Cakap berapi tapi nak tegak benang basah aje. Dia orang nya style, too much to talk to do about nothing, bermesyuarat kerana tak nak bersetuju dan yang terakhir bila ada meeting kemudiannya.
Inilah agenda Pak Arab, orang2 India, Bangla dan Paki kat tanah Arab. Orang putih ni kalau pegi negeri kita banyak yang dia komplen. Tapi kat sini lagi dahsyat. Bawak kereta macam orang gila. Siapa berani, dia menang dan jalan dulu. Selagi boleh squeeze in, depa nak masuk juga. Kat sini hon kereta sampai pening kepala. Lambat bergerak kat trafik light mesti kena hon. Kadang2 kereta depan tak jalan pon kena hon. Kalau kat highway kalau lari less then 160km, kena flash dengan lampu tinggi. Waktu malam, berok2 kat sini tak tahu nak pakai low beam. Dok depan, berhadapan atau belakang pun pakai lampu tinggi. Depa semua ni buta malam kot!
Cakap kat anak2 buah kita kat Malaysia, depa semua beruntung sangat duduk kat negara kita. Sistem trafik walaupun jam macammanapun kira okay sebab ada peraturan dan law enforcement. Kat sini, kalu you eksiden dengan Pak Arab, sorry Babe...hang salah. Macam mana you tak salah pun di cap salah. Their favorite phrase dari polis " If you are not here atau you don't come here, ini tak akan berlaku". Sistem pelajaran kita adalah yang terbaik di manapun. Kalau orang Melayu tak sedar lagi, tak tahu nak cakap apalah!
I have travelled all over the world, visited a lot of places and seen plenty of things yang menakjubkan tapi tak sama macam duduk kat Malaysia tercinta!!!! Kena teh tarik kat kedai mamak, lepak kat Mall dengan anak2 tanpa halangan dan lain2 lagi. Pas tu, depa kat sini kalau jumpa awek macam tak pernah jumpa orang pompuan. Galak sakan. Nenek kebayan pun dia rogol. Budak2 Filipino sini kata kalau kereta depa rosak kat tengah pipeline punya trackline, mampus lah. Sebab Pak Arab Badui liwat dan rogol meka. Teruk sungguh sebab dah banyak berlaku. Kes2 majikan rogol pembantu perempuan memang banyak. Kadangkala meka pakai anak beranak sebab ada kes macam tu kat sini, tak tahu anak anak ke atau bapak atau saudara dia. Teruk betul.
Heran bin ajaib, Pak Arab kat sini taksub dengan barangan Amerika. Saya yang dudok kat LA selama 8 tahun tak berfikir begitu. Melayu tetap Melayu dan ..................................................... Teruskan perjuangan. Ada Pak Arab tunjuk karate tapi saya tunjuk silat. Depa terpegun sebab kita lebih hebat......"
Baca Selanjutnya »»
Tuesday, March 31, 2009
APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSAN
lebel APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSANMeniru yang bait xda salahkan...mun kamek 'kupi n pes' artikel dari Author: hani tok sikda rugi nya sebab apa yang ditulisnya tok bagus pakey panduan kita suma umat Islam khususnya, supaya kita sik melakukan 'perangey bodo' bila datang jak tareh 1 April tok. Jadi kamek rasa betanggungjawab juaklah untuk nyebar info macam tok pakey pengajaran dan juak panduan idup anak2 zaman milinium tok. Juh kita sama2 maca artikel dibah tok....
Selain Valetine’s Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool’s Day atau April Fool. Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 Aprril setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.
Menurut sejarah, Fool’s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.
Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April)
Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.
Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool’s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.
Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.
Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool’s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.
Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka”. Kami bertanya”Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab”Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Monday, March 30, 2009
juh kita nerma darah..
lebel Allah, blood donor, penderma darah, whole bloodRasa dah lamak sik on9..sekali skala ngilang dirik tang bes juak dirindu oleh urang...mun diekot nang banyak juak nak dikrepak tapi lom sempat update lamak ya tek, sejak pc kmk mogok..tok kmk nyelepat makey laptop anak..siklah dapat lamak macam besa koh.
Udah lamak sebenarnya kmk nak ngerepak pasal topik tok..tapi lom ada kesempatan. Tok tek cun tareh 23 mac lepas kmk molah sigek aktibiti sehat. Alhamdulillah ditambah juak suma syarat2 nya cukup (sehat tubuh badan, tekanan darah ok dan kadar Hemoglobin cukup), sampey juak lah hajat kmk selepas setaun lebih kemisi sik nerma. Ngabaslah kmk ke spetar Normah ya tek(amik dekat bah)...coba nasib lok takut2 sik dapat..lepas chek macam2 kamek pun dengan rasa besukur dapat juak kmk nak derma ari ya.Tok buat kali yang ke-__ kamek molah aktibiti macam tok. Xda niat nak bedengah,tapi sebenarnya kamek beniat nak ngembak dan nyedar sapa2 jak maca blog tok supaya rami2 kita jadi penderma darah (blood donor), walo disiney pun kitak berada.
Pakenak kita perlu derma darah.?
Satu unit darah yang kita derma dapat nyelamatkan nyawa:
- Mangsa Demam Denggi
- Mangsa kemalangan yang banyak ilang darah
- Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah lepas beranak
- Bayi yang memerlukan pertukaran darah
- Pesakit Talasemia
- Pesakit Anemia
- Mangsa kebakaran
- Pesakit leukemia
- Pesakit Haemifilia
| Golgn. darah penerima | Donor harus | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| AB+ | Golgn. darah mana2pun | |||||||
| AB- | O- | A- | B- | AB- | ||||
| A+ | O- | O+ | A- | A+ | ||||
| A- | O- | A- | ||||||
| B+ | O- | O+ | B- | B+ | ||||
| B- | O- | B- | ||||||
| O+ | O- | O+ | ||||||
| O- | O- | |||||||
kita bole milih nak jadi penderma darah kategori:
i. penderma 'whole blood'
ii. penderma Aferesis
sidaknya hanya perlu menderma sebahagian komponen darah iaitu plasma dan platelet tanpa membabitkan sel darah merah (mengunakan mesin Aferesis).Plasma dan platelet tok penting pakey merawat masalah pendarahan, kes2 kemalangan, mangsa kebakaran, cdak pesakit hemofilia dan macam2 agik kegunaan. Boleh dilakukan sekali setiap bulan.
iii. penderma darah tali pusat (cord blood)
diamik dari darah tali pusat nemiak yang baruk diberanak. Darah tali pusat tok kaya dengan sumber 'sel stem' dan beguna pakey merawat barah, masalah darah dan sistem imun badan.
kegunaan komponen2 darah yang diamik:
- Sel Darah Merah digunakan untuk merawat penyakit :
- Thalassaemia
- Leukaemia (kanser)
- Kehilangan darah
- Anaemia (kekurangan darah)
- Plasma digunakan untuk merawat :
- Mangsa kebakaran
- Kes-kes kehilangan darah
- Platelet digunakan untk merawat penyakit :
- Thrombocytopenia atau platelet dyfunction
- Fresh Frozen plasma digunakan untuk merawat penyakit :
- Deficiency of multiple clotting factions
- Cryroprecipitate digunakan untuk merawat penyakit :
- VII deficiency
- Wilebranddisease
- Afibrinigenamia or dysfibrinogenemia
- Uremia
- Cryrosupernatant digunakan untuk merawat penyakit :
- Kegagalan hepar (liver failure)
- Vit. K deficiency
- Warfarin overdose
- Lver pathology
- HDN
- Volume expander
SYARAT PRA KELAYAKKAN PENDERMA DARAH
- Kesihatan tubuh badan
- Berat 45kg dan keatas
- Umo 18- 60 tahun
- sik ngidap sebarang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,sakit jantung dll
- sik ngidap Batuk kering dan sebagainya
- sikda ngambik sebarang jenis ubat dan antibiotik
- Tidur sekurang - kurangnya 5 jam
- ada makan sikit makanan
- sikda haid, sik ngandong dan sik menyusu
- tahap hemoglobin mencukupi sekurang2nya 12.5 g %
- Bukan dari golongan yang berisiko tinggi seperti :
- slalu amik dadah secara berkongsi jarum suntikan
- homoseksual
- melakukan hubungan seks dengan kedua2 jantina(biseksual)
- melakukan seks betukar pasangan / seks rambang.
Menderma darah menyelamatkan nyawa
Menderma darah tok nang satu amalan sukarela yang tepuji lagik mulia dan sik tenilai sumbanganya.Keinginan untuk menderma darah perlulah wujud dalam dirik setiap individu tanpa dipaksa oleh sapa-sapapun. Sepatutnya setiap urang aruslah nggangap bahwa menderma darah tok adalah satu tanggungjawab dirik dan mendermanya tanpa diundang.Juh kita sama2 pegi ke pusat Bank darah di spetar yang bedekatan dengan kitak atopun bole juak pegi masa kempen derma darah dipolah.Beniatlah kerana Allah, demi mendapatkan keberkatan dalam amalan kita membantu urang lain yang memerlukan DARAH.

Monday, March 23, 2009
kamek sedih koh..
bukan sebab apa2
tapi
sebab sikpat nak on9 kat blog tok macam slalu
sorilah..!!!
pada adik-kakak yang rajin ngabas blog kamek tok.
buat masa tok gik ilek-ilek lok..
ada problem ngan pc
bab ya belom kah entri baru gik..
insyallah mun udah ok pc ya klak kamek update gik k..
rindu juak nak 'ngerepak' agik.
sebenarnya banyak info yang nak dikongsi
ngan kitak urang di sitok
jadi..
jangan jerak oi..!!!
abas-abas lah slalu kat blog kamek tok.
Tambahan juak layout ngan templet yang baru
sik rugi kitak raon-raon kat ctok bah..!!
mun bekenan nak molah macam yang ada kat blog kamek tok...
jangan supan nanyak...
kelak kamek padah ngan kitak
OK..
jumpa agik kelak..
chaw lok...!!!!!!!!!














