Thursday, January 15, 2009

Darah dan Diet..


Penahkah kitak urang meriksa jenis apa darah kitak..adakah dari kumpulan jenis 'A', 'B', 'AB' atopun jenis 'O'...sebenarnya kita patut tauk jenis darah kitapun masing2, banyak paedahnya selain beguna masa nak derma darah ato nerimak darah..sitok kamek nak kongsi sikit info bekenaan diet yang sesuey ngan jenis darah ktk urang...seharusnya kita rasa trimakasih banyak2 ngan Dr. Peter J.D Adamo yang rajin molah penyelidikan pasal tajuk tok...

Diet yang sesuai dgn jenis darah anda..


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam tulisannya madah tek cdak jenis darah A ya, digalak jadi vegetarian dan makan makanan yang mengandungi lektin tapi amik sikit ajak, tok kerana mun manyak gilak kandungan lektin diambik akan jadi masalah ke perut, tambahan juak, cdak jenis darah A tok manyak ngeluarkan kandungan lendir lebih banyak mun dibandin jenis darah lain. Keadaan toklah nyebabkan cdaknya kenak penyakit seperti asma, infeksi telinga dan gangguan lam saloran pernafasan. cdak tok juak sik digalak makan terlalu banyak sumber dari ikan dan manok, tapi digalak minum susu yang udah diproses seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju biasa, telur dari jenis organik atau manok kampung (tapi dlm jumlah terbatas), lemak (dlm jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis tok perlu makan sayoran dan buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang patut dihindar adalah hidangan laut berona putih sperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging saley, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-mueh, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagong dan minyak masak.

Ciri khas individu jenis darah A:
sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan daripada produk susu dan daging

• disyorkan menjadi vegetarian atau ngambik makanan berkadar karbohidrat tinggi, tapi rendah lemak

• kurangkan stres dengan cara meditasi, atau sukan

• Cukup rehat


Menu diet yang disyorkan:
Sarapan : Aik putih campur jus limo nipis dan oat
Snek: Jus angor / kopi
Mkn Tengah ari: Salad dan roti gandum se potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh ijo
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Cdak dari jenis darah B tok lebih fleksibel... coma digalakan menghindar makanan bekuk ato makanan dalam tin...tapi digalakan ngambik makanan berasaskan susu yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Cdak jenis darah B mudah gilak kenak penyakit yang ada kaitan imunisasi dan serangan virus, sebab yalah disuroh makan dgn banyak sayuran ijo sbbnya kaya magnesium.Makanan lain yg digalakkan juak seperti dagin lembu, kambin kibas, renab, ikan laut, suma jak produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan eskrim, telo manok organik dan manok kampong, minyak zaitun, beras merah, beras puteh, makanan berasaskan beras dan buahan.
makanan yang perlu diamik sikit adalah manok, ketam, udang, kerang, telo burong puyuh, telo itit, minyak bijan, minyak jagong, minyak bigik matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, nyiur, santan, soya, kacang tanah, kuci bigik bunga matahari, kuci labuk, bijan, kacang pistacio, tempe, tahu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagong, lobak, tomato dan jagung.

Ciri khas golongan darah B:
melakukan diet dengan makan bemacam jenis makanan, tapi masih perlu juak menghadkan pengambilan daging.
• ngambik makanan dan minuman berasaskan susu untuk ningkatkan agik sistem imunisasi badan.
• sukan yg sesuai seperti berenang,main tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk legakan stres, digalak memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta seglas susu tanpa lemak
Snek: Jus angor
Makan Tengahari: Spotong dada manok dan dua lapis roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limo/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Spotong ikan saley, sayor rebus, buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan cdak golongan darah AB tok gabungan antara pola makan golongan cdak darah jenis A dan B. Penyakit yang mudah nyangkit cdak tok adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Digalakkan makan makanan laut, semua jenis telor (kecuali telur itit), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zetun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, suma jenis sayuran kecuali jagung, togey dan cendawan dan semua jenis buahan kecuali jerok. Golongan dari jenis darah tok, harus menghadkan pengambilan dagin lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta dagin yang diproses. Makanan berasaskan kekacang perlu juak tapi diambik dalam kuantiti sikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limo nipis, jus angor, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada manok empat hiris, salad, dua bigik buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan supaya orang dari darah jenis O lebih banyak ngambik makanan berprotein tinggi, ngikot diet rendah karbohidrat dengan ngambik ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayoran yang banyak, telor dan kacang tapi hindarkan prodak susu dan gandum. Beliau juak menyarankan agar cdak darah jenis tok menghadkan makan buahan. Pemilik darah jenis O patut ngindarkan suma jenis bijirin, pasta dan nasi. Senarai jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, togey, terung, kulat, dan kentang.Tapi telor, susu, gandum dan kekacang sik diperlukan ngenang tek tubuh dah dapat khasiat daripada sumber daging. Hindarkan juak jerok sebab ia mampu datangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis tok.

Ciri khas golongan darah O:
• sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi dibandin golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi bebagey makanan
• Untuk legakan tekanan, disarankan slalu aerobik
• Digalak ngambik makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buahan, ikan, sayuran
• Berisiko tekena radang dan kerosakan organ seperti arthritis mun makanan yang diambik sik bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sigek buah pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Spotong dagin pangang, salad bayam dan buah epol
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong dagin lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buahan dan teh herba

Sik kira dari jenis darah apapun, yang lebih penting adalah ngamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat adalah memenuhi keperluan makanan seharian dan pada masa yang sama juak, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh nyebabkan risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan sik ngira apa jenis darah individu tek. Kita patut molah keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan camney nak ngamalkan tabiat makan yang sihat. Jadi terpulanglah pada kitak suma samada maok ngikot saranan Dr. Peter J.D´Adamo atopun sik.

8 comments:

DrSam said...

salam,

terimakasih berkongsi tips yang berguna.

ross said...

sama-sama terimakasih sbb sudi maca info tok..lain ari raon2 gik kat blog tok..ada gik info yg beguna untuk kita suma..k.

dukunlintah plk said...

tok buku eat right 4 your type nak?.. bagi dirik mek mpun.. tuhan dah madah makan lah dari makanan yg elok-elok.. n kita juak disuroh besederhana.. mun ekot buku ya, bnyk gilak makanan yg mok di'pantang'.. sampei dak buah asam betik pisang pun dilarang.. maka lam al-quran madah buah-buahan ya makanan sidak di seroga..
banyk gilak pantang (espesyeli sekerem) hilang nikmat dunia woo.. :p

ross said...

sik kmk pasti nama buku ya..kmk maca kat intenet jak..sebenarnya makanan tok ada 2 kategori.'panas & sejuk'..mun nak disebut kitak atas ya..nang dari kategori sejok..mun dapat makan pun dlm jumlah ikit jak.tp mun sik di mkn pun bagus gik.sik juak dipantang terus...dalam pada ya pun info yg ditulis Dr ya ada juak paedahnya kay rujukan kita jak..mun kita ekot bagus gik..tapi mun kita langgarpun kesannya pada kita pun juak bah...ya sbagay panduan jak bah..

AmirFX said...

Kacak info tok... Sik penah juak ku tauk aku tok dari type ne... Mungkin aku tok dari Honda Type-R kali nak... Haha... Pa2 pun nice info...

uncleawang said...

Ingat mek tek DrChua SoLek nyeledek hal darah tuk.Makanan ya.sik sebut pun rotiCanai & Kopi Tongkat Ali.
Walau bagaimana pun TerimaKasih sebab kitak nyedar kamik tuk yang main hantam jak makanan asal halal dan enak.

Mira said...

kmk br jak polah blood test... pas review lak br mek tauk jenis apa... kahkahkah

ross said...

Amirfx; makaseh...

uncleawang : info tok kajian omputeh..bab ya sik sempatnya nak nyelidek pasal roti canai ngan kopi tongkat Ali koh...tapi makanan ya nang bahya juak mun slalu gilak dimakan..bih agik kopi tongkat Ali nang ada sed-ifek nya mun tiap ari diminum...makin mun umo kita dah meningkat mok kontrol juak napsu nak makan ya..jgn main entam jak..bahya pok!!!!

Mira : mun dah tauk klk apa grup darah ktk, dapat juak direfer ngan info tok apa yg bagus ngan sikbagus dimakan ktk..tp mun dah cdak 'seafood' ya bait2 jak makan..takut kenak alergik..susah gik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails