Tuesday, March 03, 2009

bila nengar 'bang' apa patut dipolah...

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

“Aku tidak menyukai berkata2 didalam azan dimana ia tidak munafaatkan kepada manusia, dan jika bercakap tidak mengembalikan azan”

Didalam kenyataan yang lain, Imam al-Syafie rh menyukai muazzin hanya bercakap selepas selesai melaungkan azan.

Menyentuh berkenaan dengan tugas makmum ketika azan dilaungkan adalah menjawab lafaz2 azan tersebut, dan ini merupakan sunnah Nabi saw sebagai hadith sahih riwayat Abu Sa’id al-Khudri ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن

“Apabila kamu mendengar azan, maka jawablah sebagaimana yang diperkatakan oleh muazzin” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Bekas Mufti Besar Arab Saudi pernah ditanya mengenai mana yang lebih afdal; membaca al-Quran atau menjawab azan, beliau mengatakan :-

ولأن إجابة المؤذن سنة تفوت إذا استمر في القراءة ، والقراءة لا تفوت ، وقتها واسع . .

“Kerana sesungguhnya sunnah menjawab muazzin akan tertinggal jika seseorang itu meneruskan membaca al-Quran, sunnah membaca al-Quran tidak akan tertinggal, kerana waktu membaca itu luas.” [Soalan : 162, Majmu’ Fataawa Sheikh ibn Baaz, 4/178].

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali,bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

4 comments:

bunga said...

nang mena yaa..mek pernah baca sigek article madah,time azan,sebaik2nya kita jgn gurin..kerana ya boleh menyebabkan jenazah kita berat....

noey.rania said...

mek suka jenguk blog kak ros banyak info yg berguna makasih kak rasa tenang jak baca

Kelebar Malam said...

makseh atas nasihat kitak. mek suka maca blog ktk..byk nok di oleh..mek sentiasa mikir cara nok improve dirik mekpun utk hal2 dunia dan akhirat..thanks for ur meaningful info..

kak_ross said...

white Tulip :....menar kata kitak koh 'dara'..yalah kita bila nengar bang jgn malas2 gik..mun gurin, angkat terus...mandik kah atao amik aik semayang..mun dilengah2 jadi malas nak semayang.

noey.rania:.....makaseh sbb sudi dtg jengok blog kmk tok..sambil lepak2 kat ctok maca inpo dapat juak kay nambah ilmu,menar dak..???

Kelebar Malam :.....aok,makaseh juak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails