Monday, March 30, 2009

juh kita nerma darah..




Rasa dah lamak sik on9..sekali skala ngilang dirik tang bes juak dirindu oleh urang...mun diekot nang banyak juak nak dikrepak tapi lom sempat update lamak ya tek, sejak pc kmk mogok..tok kmk nyelepat makey laptop anak..siklah dapat lamak macam besa koh.

Udah lamak sebenarnya kmk nak ngerepak pasal topik tok..tapi lom ada kesempatan. Tok tek cun tareh 23 mac lepas kmk molah sigek aktibiti sehat. Alhamdulillah ditambah juak suma syarat2 nya cukup (sehat tubuh badan, tekanan darah ok dan kadar Hemoglobin cukup), sampey juak lah hajat kmk selepas setaun lebih kemisi sik nerma. Ngabaslah kmk ke spetar Normah ya tek(amik dekat bah)...coba nasib lok takut2 sik dapat..lepas chek macam2 kamek pun dengan rasa besukur dapat juak kmk nak derma ari ya.Tok buat kali yang ke-__ kamek molah aktibiti macam tok. Xda niat nak bedengah,tapi sebenarnya kamek beniat nak ngembak dan nyedar sapa2 jak maca blog tok supaya rami2 kita jadi penderma darah (blood donor), walo disiney pun kitak berada.

Pakenak kita perlu derma darah.?

Satu unit darah yang kita derma dapat nyelamatkan nyawa:

  1. Mangsa Demam Denggi
  2. Mangsa kemalangan yang banyak ilang darah
  3. Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah lepas beranak
  4. Bayi yang memerlukan pertukaran darah
  5. Pesakit Talasemia
  6. Pesakit Anemia
  7. Mangsa kebakaran
  8. Pesakit leukemia
  9. Pesakit Haemifilia
Secara umumnya manusia ada pelbagay kumpulan jenis darah. Ada dari grup 'A', grup 'B', grup 'AB' dan juak grup 'O'..dan dari rhesus negatip ato rhesus positip.

Golgn. darah penerima Donor harus
AB+ Golgn. darah mana2pun
AB- O- A- B- AB-
A+ O- O+ A- A+
A- O- A-

B+ O- O+ B- B+
B- O- B-

O+ O- O+

O- O-




kita bole milih nak jadi penderma darah kategori:

i. penderma 'whole blood'
menderma darah keseluruhan komponennya. Dengan cara dicucok jarum kat lengan dan darah dialirkan ke beg darah melalui tiub. Biasanya ompuan sik sampey se-paint, tapi org laki se-paint.
menderma sebanyak 4 kali setaun atau sekurang2nya 3 bulan sekali. Mun ompuan yang mok derma bila udah genap tiga bulan tapi mesti tungu selepas semingu abis haid.

ii. penderma Aferesis
sidaknya hanya perlu menderma sebahagian komponen darah iaitu plasma dan platelet tanpa membabitkan sel darah merah (mengunakan mesin Aferesis).Plasma dan platelet tok penting pakey merawat masalah pendarahan, kes2 kemalangan, mangsa kebakaran, cdak pesakit hemofilia dan macam2 agik kegunaan. Boleh dilakukan sekali setiap bulan.

iii. penderma darah tali pusat (cord blood)
diamik dari darah tali pusat nemiak yang baruk diberanak. Darah tali pusat tok kaya dengan sumber 'sel stem' dan beguna pakey merawat barah, masalah darah dan sistem imun badan.

kegunaan komponen2 darah yang diamik:
  1. Sel Darah Merah digunakan untuk merawat penyakit :
    • Thalassaemia
    • Leukaemia (kanser)
    • Kehilangan darah
    • Anaemia (kekurangan darah)
  2. Plasma digunakan untuk merawat :
    • Mangsa kebakaran
    • Kes-kes kehilangan darah
  3. Platelet digunakan untk merawat penyakit :
    • Thrombocytopenia atau platelet dyfunction
  4. Fresh Frozen plasma digunakan untuk merawat penyakit :
    • Deficiency of multiple clotting factions
  5. Cryroprecipitate digunakan untuk merawat penyakit :
    • VII deficiency
    • Wilebranddisease
    • Afibrinigenamia or dysfibrinogenemia
    • Uremia
  6. Cryrosupernatant digunakan untuk merawat penyakit :
    • Kegagalan hepar (liver failure)
    • Vit. K deficiency
    • Warfarin overdose
    • Lver pathology
    • HDN
    • Volume expander

SYARAT PRA KELAYAKKAN PENDERMA DARAH

  1. Kesihatan tubuh badan
  2. Berat 45kg dan keatas
  3. Umo 18- 60 tahun
  4. sik ngidap sebarang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,sakit jantung dll
  5. sik ngidap Batuk kering dan sebagainya
  6. sikda ngambik sebarang jenis ubat dan antibiotik
  7. Tidur sekurang - kurangnya 5 jam
  8. ada makan sikit makanan
  9. sikda haid, sik ngandong dan sik menyusu
  10. tahap hemoglobin mencukupi sekurang2nya 12.5 g %
  11. Bukan dari golongan yang berisiko tinggi seperti :

    • slalu amik dadah secara berkongsi jarum suntikan
    • homoseksual
    • melakukan hubungan seks dengan kedua2 jantina(biseksual)
    • melakukan seks betukar pasangan / seks rambang.

Menderma darah menyelamatkan nyawa

Menderma darah tok nang satu amalan sukarela yang tepuji lagik mulia dan sik tenilai sumbanganya.Keinginan untuk menderma darah perlulah wujud dalam dirik setiap individu tanpa dipaksa oleh sapa-sapapun. Sepatutnya setiap urang aruslah nggangap bahwa menderma darah tok adalah satu tanggungjawab dirik dan mendermanya tanpa diundang.Juh kita sama2 pegi ke pusat Bank darah di spetar yang bedekatan dengan kitak atopun bole juak pegi masa kempen derma darah dipolah.Beniatlah kerana Allah, demi mendapatkan keberkatan dalam amalan kita membantu urang lain yang memerlukan DARAH.


GolonganDarah.Net

6 comments:

Anonymous said...

ehehe ingin mek nok nerma darah~~ p kmk sekda kelayakkan~~ sb mek pun perlu darah org sb dikategorikan dlm No 6 sb kenapa perlu derma darah~~ ehehe gne tuk kak ros?? uhuk3 :((

kak_ross said...

giney lah gaya mun kitakpun lebih merlu darah juak..simpan jaklah niat ya, insyallah mun udah sembuh klk isok bole lah kitak nerma juak..sikda paksaan koh..asal syarat2 nya cukup baruklah kitak boleh jadi penderma juak.:)

~ Mar ~ said...

org sarawak ke? tunang saya org sarawak. bleh la saye blaja bhs sarawak dr awak ye. :D

kak_ross said...

boleh-boleh !!!!..sangat dialu-alukan..blajar membaca bahasa sarawak, nanti bila dah faham percakapan, senang le nak cakap dlm bahasa kami gak..

Kelebar Malam said...

kmk lom pernah derma darah..rasa nang ingin tp bila dah sampei kat spetar, pandei sik jd cos takut. urg madah sik sakit kenak cucuk jarum tp kmk rasa ngiluk bila nanggar darah keluar melalui tiub..tp kmk akan coba memberanikan dirik..

kak_ross said...

syabas.....mun ada niat macam ya insyallah akan tekabul juak satu ari klak bah..kmk dolok nang betaun2 ingin nak nerma darah juak, tapi xtauk cney tempat nak nerma...sbb kurang infomasi..paduhal kat spetar yg ada di sekitar kita juak.
tok pengalaman kmk,mula2 nak nerma sampe 3 kali cucok jarum, mula2 belah kanan, xpat juak, coba cdaknya gik belah kerek pun xpat juak..disbb kn ati kmk nang menar2 mok nak nerma, kmk suroh cdaknya coba gik belah kanan semula..berkat doa pada Allah masa ya sbb ati nang menar2 ikhlas ingin nerma, kali Allah nengar permohonan kmk, dapat juak ahernya..syukur menar2 kmk sbb dah sampe juak hajat slamak ya tek.mun kitak nak nerma biar ati mok ikhlas nerma kay nulong urg yang memerlukan darah..baruk dapat keberkatannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails