Tuesday, January 06, 2009

Bila 'Asyura' datang agik...

Udah semilan ari dah kita dalam bulan Muharram, taun 1430 Hijrah tok..alhamdulilllah, masih panjang umo kita suma. Masih sempat kita idup dalam taun baru tok..Apapun juak, sebagey umat Islam harus kita saling ingat-mengingati perkara yang bagus bekenaan padilat dalam bulan Islam kay amalan selagik kita masih benapas. Antaranya mek nak kongsi info ngan ktk urang suma pasal bulan Muharram tok, banyak kelebihannya..sayang mun kita xmok amik tauk apa kelebihan yg ada di bulan tok.Banyak juak amalan yang bagus diamalkan dalam bulan2 mulia yg lain, tapi dalam bulan Muharram banyak teselit macam jak kejadian, lebih-lebih agik pada 10 muharram yang slalu kita gelar Hari Asyura. Pada ari tok, bukannya nak makan bubor asyura jak tapi kita disunatkan beposa...banyak juaklah kisah yang belaku pada tareh 10 muharram tok..tapi kita nilit lok fadilat yang kita dapat bila beposa pada ari tok, seperti sabda Nabi Muhamad "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya".(menurut riwayat Muslim) ...di ctok kita diat besarnya paedah yg kita dapat bila ngerja posa sunat ya tek,ngerja jak posa ya abis dosa setaun..sapa sik mok ndak.????..tapi mok diingat juak cdak Yahudi pun posa juak pada tareh yang sama, jadi kay bezakan kita tok org Islam,kita ngerjakannya mun dapat stat dari sari bulan sampe semilan lalu sambung ke sepuloh muharam ya tek..tapi mun bagi kitak yang telepas ari semilan muharam tok..posa jak esok 10 muharam sambung ngan 11 muharam.

Tok kita diat kisah sejarah yang belaku pada tareh 10 Muharam, tapi dalam taun yang bebeza lah.. Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahwa pd tareh 10 Muharam tejadinya kisah.....:

(1) Sayyidina Hussain (cucu Nabi) terbunuh di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Lahirnya Nabi Ibrahim a.s.
(7) teSelamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) teSelamat Musa dan pengikutnya.
(9) diLemaskan Firaun.
(10) lahirnya Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
(20) dan yang paling penting pada tareh tok klak..cuncun 10 Muharram jatuh ari jemat belakulah KIAMAT.


Tok 14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram):


1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun tok.

2. Memuliakan fakir miskin
fadilatnya- Allah akan melapangkannya dalam kubur klak.

3. Menahan marah
Fadhilatnya - Di akhirat klak Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat nya- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat nya- Allah akan menjauhkannya daripada neraka seperti jauh seekor gagak terbang sik berenti-renti dari kecik sampe nya mati. Diberik pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia tok.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilatnya - sikkan sakit (sakit berat) pada tahun tok, lafaz niatnya : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak mata
Fadhilatnya - sik akan sakit mata pada tahun tok.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat klak.

11. Sembahyang sunat empat rakaat dgn dua salam
Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walopun udah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : 'sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura dua rakaat kerana Allah Taala'. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. macam ya juak seterusnya.

12. Membaca "hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" ..minima 70 x
Fadhilatnya - sikkan mati pada tahun tok.

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilatnya - Diberik pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbukak posa.

14. Puasa sunat. Niatnya - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilatnya - Diberik pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Jadi, diarap info tok dapat kay nambah ilmu kita suma....mudah2an bulan muharram yang juak adalah awal bulan Islam jadi 'pintu' kebaikan untuk kita mula ngerjakan amalan2 bagus sepanjang taun 1430 Hijrah tok.

***isok 10 Muharram ari Asyura ..dan 10 Januari ari besday anak mak (zizie)......!!!!


6 comments:

x said...

Samat ari jadi ngan anak kitak Kak Ross! Mudahan idupnya bertambah berkat, nikmat & rahmat dari Allah s.w.t. Amin...

O...kamek nang ada niat nak posa tapi mek sik juak sangka ada banyak fadhilat lain-lain mun kita polah perkara-perkara sunat masa 10 Muharram ya...

Best post kitak tok!

kak_ross said...

alhamdulillah...kedong ada blog tok pat juak kay kongsi sama info2 yg sik ditauk kita..mudahan kita suma dpt keberkatan dlm info tok..makasih juak atas 'wish' ktk ya....mudahan doa ktk untuk anak mek tek diperkenan olih Allah...Amin..amin!!!!

MakModen said...

hepi bestday ngan anak kitak kak Ross, thank you kerana memperingati kelebihan hari asyura... malar jak laki mek nyebut nak posa esok, mek polah derk jak, sekda niat.. pi dah baca tek.. mun 'citu' mek dah habis esok kira nak posa juak eh.. rugi mun sik...

kak_ross said...

yalah ..beguna juak post mek kali tok..syukur alhamdulillah..ada juak kay ngingat kita suma pasal ari Asyura ya..nang rugilah mun kita xmok nak amik kesempatan bila 10 Muharam tok datang..dan sebelum 10 Muharam ari jemat yg menar2 dtg(munculnya kiamat)..polahlah apa2 jak ibadah kay bekalan kita seblom kenak 'tungah balit'..

Anonymous said...

kak ross, best post tok. Kmk dari dolok gik tauk bulan tok ada byk rahmat nya, tp sik tauk ari apa, duhal 10 Muharram tek.. dah terlepas lah kmk. Jadi kira tek ari ya tek lah birthday bulan,matahari ngan bintang nak... Subhanallah.

tp nak kak ross, kenak fadhilat nok no12 ya tang maok dikaji gik maksudnya, sebab hidup ngan mati, nei ada org yg tauk, ketentuan tuhan. Gine mun menar dah maca 70x alu terejun wisma saberkas, nak kah paloi nak.. heheh.. mungkin maksud nya sik mati hati kali nak, sik tauk juak lah..neway..best post tok, tq for sharing..

p/s: da molah bubor asyura tek?? :)

kak_ross said...

nak nom 12 ya madahnya tek,lam taun tok kita mun maca ayat ya ckit nya 70x//insyallah akan panjang umo sampe taun depan lah..kira2 nya macam yalah..walopun kitak terjun dari wisma saberkas ya..gugok nang gugok..minak sik mati..jadi sewel jak kali..haha..
sik sempat mek molah bubor tek koh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails