Thursday, March 12, 2009

antara tanda-tanda bila ajal dah sampey...

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. "


-Wallahualam-

6 comments:

Faizal n Fashitah said...

Thanx for the info Mak ross ehek. Even ajal ya ditangan tuhan, namun tuhan tetap merik petanda pakei kita bersedia menghadapi ajal klak. Seblom tok siktauk mek hal tok koh..

kak_ross said...

sama-sama Audio..beruntung mun dapat 'petunjuk' awal pasal ajal yg hampir mcm ya..tapi bila ngenang pasal mati, nang seram sejuk juak bah..beh agik bila amalan lom cukup kay bekalan..mudahan kita tok suma udah besedia dgn pahala dan amalan sblm malaikat maut datang...Amin

noey.rania said...

takut mek baca kak tapi mek suka entry kak
makasih kak sbb merik info tok

bunga said...

takut indah mek baca...nama banyak berdosa eyh..mok ngadapNya gik takutt..huhu.....nway,thanx for info..nang mena owh...Tuhan nang sayangkan hamba2Nya sampei berik gik kita petanda sak kita dapat gik bertaubat...

x said...

Mena ta Khaty ya Mak Ross. Nang sayang mena Tuhan ngan kita sampei bila ajal nak tiba pun nya ada merik petanda sak kita sempat nak bertaubat. Ada mek baca artikel tok lam nuspaper ka tenet ria... Nebes juak asa eh.

Kelebar Malam said...

gelik rasa nyawa pas maca entri tok..mudahan jak kamek tok bukan dlm golongan mereka yg leka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails