Sunday, February 07, 2010

Hukum Lelong di eBay?


Hukum Lelong di E-BAY oleh Ustaz Zaharuddin.
 (February 27th, 2009, by Noorizam Shah)

Setelah menerangkan serba ringkas asas dan panduan bagi jual dan belian lelong di atas, hasil pengamatan dan percubaan saya melakukan pembelian di e-bay, saya dapati hukum pembelian melalui ebay adalah HARUS selagi mana barang yang dibeli BUKAN emas, perak dan matawang semasa yang diguna pakai (bukan yang antik tanpa nilai).
Pembelian ketiga-tiga item tadi diwajibkan untuk serah dan terima secara semerta, namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan proses-prosesnya, namun demikian terdapat fatwa lebih ringan yang mengizinkan kelewatan selama tempoh 3 hari dari tempoh pembelian. Ia adalah pandangan mazhab Maliki, ia berdasarkan kaedah fiqh yang popular iaitu :-
Ertinya : Apa-apa yang hampir dengan sesuatu maka akan mengambil hukum sesuatu itu[3]
Kesimpulan berkenaan hukum membeli melalui ebay adalah :-

•1) Dibenarkan atau harus untuk MEMBELI di web e-bay. Kecuali pembelian tiga item tadi mestilah dengan menjaga syarat yang telah disebut di atas. Pandangan lebih selamat agar menjauhi pembelian emas, perak dan matawang melalui ebay, berpegang kepada fatwa majoriti ulama silam dan kontemporari.

•2) Dibenarkan atau harus untuk MENJUAL di web ebay. Namun demikian komisyen yang diambil oleh paypal dan ebay dari pembeli adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu kerja. Namun demikian caj tersebut MESTILAH DIKETAHUI CARA KIRAAN dan jumlahnya dari awal penjualan dibuat.


Menerima bayaran dari pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah HARUS kerana ia di luarkuasa dan tanggungjawab penjual.


•3) Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram, walaupun pembeli membayar harga ‘on time’ kepada pengeluar kad, ia adalah kerana setiap pembeliannya akan memberikan komisyen kepada pengeluar kad kredit riba, ia akan dikira membantu perkembangan industri kad kredit riba secara langsung.

•4) PayPal ; Pembayaran melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram.

•5) Tempoh Serah : Mestilah diketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.

•6) Jaminan : Mestilah diketahui atau boleh dihubungi penjual sekiranya barang masih tidak sampai melepasi tempoh yang dijanjikan.

•7) Jaminan atas kerosakan atau aib ; Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti rugi dari pihak ebay. Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay, pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang menghadapi penipuan melalui transaksi jual beli di ebay. Rakan saya di Swansea, UK pernah menerima ganti rugi beberapa ratus £ apabila television yang dibelinya melalui ebay mempunyai kerosakan yang tidak dinyatakan dengan jelas oleh penjual dalam spesifikasi jualan.

Tindakan dan peruntukan ganti rugi ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.

1 comment:

~PakKaramu~ said...

Aukkk ! yang ngekot ngerepak juak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails