Tuesday, March 03, 2009

rugi mun sikmok mandik


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya:


Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit..


Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.


Insomnia :

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah insomnia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


5 comments:

Khairul Onggon said...

ohh... best juak inpo ktk tok... makasih... kmk kebelakangan tok stress juak... tapi sik bermaksud kmk sik mandik kekekekeke...

Ms Tikot said...

TQ Kak Ros. Bagus info tok.

Faizal n Fashitah said...

Mek nang salu ngamal merendam kaki dalam aek panas bila mek sakit palak. Memang ternyata berkesan koh. Kadang2 mun mek mandik ka, mek mudah nak berendam dalam bathtub aek panas sampei tertido2 ehek. Salunya malam ari la. Patutpun tang nyaman jak asa badan.. duhal aek panas ya dapat k muang toksin duhal ehek XD

noey.rania said...

kak ros kmk tok paling liat mauk mandi hehehe
rugi sik mandi kan kak....

kak_ross said...

onggon... makseh sbb sudi maca info tok..stres pasal keja kali nak..

Ms Tikots....makseh, info bagus kay nambah ilmu pengetahuan bah.

Audio...bahaya menar juak ktk mandik berendam sampey tetido dlm bathtub ya..ujung2 kembang..

noey.rania....udah besar pun masih liat agik..mun gik kecik tauklah kita takut ngan aik paip..udah besar gitok, mandik jangan sik mandik..hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails