Tuesday, April 07, 2009

10 pesanan Imam Syafie.....

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN
(Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

4 comments:

Si Penconteng said...

Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. <-- Bizi gilak mek baruk-baruk tok...tido pun kurang, makan pun kurang, kaka pun dah kurang juak. Dikirakah gia? Ehe.

kak_ross said...

bole la juak.....sebenarnya mun tido kurang..xjadi gemok dan x bepenyakit, sama juak mun kurang makan xjadi kegemokan dan xjadi malas bila kekenyangan, mun kurang cakap dapat ngelakkan banyak bebulak dan ngumpat, berpada2 dgn rezeki yang ada nang patut kita besyukur sbb takut bila leka gilak carik harta takut lupak nak ngerja ibadah...

WhiteTulip said...

manusia tok nang banyak kelemahan owh.huhu...dah kaemk tok suka gilak tido..mesti di kurangkan tok klak..huhu..

aOne said...

si penconteng.. ku asa bkn gia lah mksd nya

mengurangkan tdo ya asaku mskd nya bgn pdh tgh mlm.. utk menunaikan solat tahjud

mengurangkan mkn ya.. nak ka kta salu d pesan utk berhenti sblom kenyang..

mengurangkan percakapan ya mksdnya kurangkan bcakap perkara yg x berfaedah krn takut klak best2 kta kakar alu terumpat org lain

ya my 2cent lah.. neway kak ross.. nice article :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails